GAMBAR ATAS: Bomba Kuala Lumpur.
Oleh Fetty Rara
SEORANG pekerja binaan warga Bangladesh maut tertimbus runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan dalam pembinaan di Oxley Tower, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.23 tengah malam tadi dan terus menghantar anggota ke lokasi.
Komander Operasi Kanan Nurul Adha Abdul Majid berkata di lokasi kejadian mereka mendapati runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan dalam pembinaan yang menyebabkan seorang lelaki tertimbus.
“Anggota bomba bertindak memotong dan memecahkan besi konkrit bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan dan mangsa berjaya dibawa keluar daripada timbunan konkrit pada 7.21 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa (27 Sept).
Pasukan perubatan mengesahkan mangsa berusia 35 tahun itu.
-BTS Media