AHLI parlimen Thailand pada hari Jumaat (16 Ogos) memilih anak perempuan jutawan Thaksin Shinawatra sebagai perdana menteri.
Paetongtarn Shinawatra, 37, merupakan pemimpin termuda dalam sejarah Thailand.
Beliau menjadi perdana menteri wanita kedua Thailand selepas ibu saudaranya, susulan tindakan Mahkamah Perlembagaan negara itu memecat perdana menteri, Srettha Thavisin kerana melantik menteri kabinet dengan sabitan jenayah.
Pemecatan Srettha pada hari Rabu (14 Ogos) adalah kemelut terbaharu antara pihak tentera, puak pro-diraja dan parti populis yang dikaitkan dengan bapa Paetongtarn, seorang jutawan telekomunikasi dan pemilik kelab bola sepak Manchester City.
Parti Pheu Thai memilih Paetongtarn sebagai calon penggantinya pada hari Khamis (15 Ogos).
Tiada satu pun daripada 10 parti lain dalam gabungan yang dipimpinnya mengemukakan alternatif.
Parti ketiga terbesar di parlimen, Bhumjaithai berkata mereka bersetuju untuk menyokong calon dari Pheu Thai dalam undian hari Jumaat.
Paetongtarn membantu mengendalikan bahagian hotel empayar perniagaan keluarga itu sebelum memasuki politik pada penghujung tahun 2022.
-BTS Media