BTS Media

Tentera Bangladesh tidak lagi mahu bertindak ke atas pelajar

GAMBAR: Wikimedia Commons

 

PADA malam sebelum bekas perdana menteri Sheikh Hasina tiba-tiba melarikan diri ketika rusuhan pelajar semakin merebak, panglima tentera Bangladesh Jeneral Waker-Uz-Zaman mengadakan perbincangan dengan beberapa orang jeneral.

Mereka memutuskan bahawa tentera tidak akan melepaskan tembakan ke arah orang awam untuk menguatkuasakan perintah berkurung

Ini dimaklumkan oleh dua pegawai tentera kepada Reuters.

Waker-Uz-Zaman kemudian menghubungi pejabat Hasina untuk menyampaikan kepada perdana menteri bahawa tentera tidak akan dapat melaksanakan perintah berkurung yang dipinta.

Dengan tindakan itu, maka jelas bahawa pihak tentera tidak lagi menyokong Hasina.

Perintah berkurung di seluruh negara telah dikuatkuasakan selepas sekurang-kurangnya 91 orang terbunuh dan ratusan cedera dalam pertempuran di seluruh negara pada hari Ahad, hari paling tragis sejak protes pimpinan pelajar terhadap Hasina bermula pada bulan Julai.

Hasina, yang telah memerintah Bangladesh selama 20 tahun, dilantik kali keempat selepas pilihan raya umum untuk menerajui negara berpenduduk 170 juta orang pada bulan Januari. Terdahulu, beliau telah bertindak menangkap beribu-ribu pemimpin dan ahli politik pembangkang.

Disebabkan cara pemerintahan kuku kerajjaan, pilihan raya itu diboikot oleh pesaing utamanya.

Segala-galanya sampai ke kemuncak kritis, justeru mencetuskan kemarahan apabila kumpulan pelajar turun ke jalanan untuk membantah keputusan mahkamah membenarkan kuota tidak adil bagi pengambilan kerja perkhidmatan awam yang mengutamakan segmen tertentu.

-BTS Media

Leave a Comment