GAMBAR: https://www.facebook.com/photo/?fbid=8432044040152727&set=a.206588462698367
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di semenanjung.
Jabatan itu berkata kawasan berkenaan ialah di Perak (Larut Matang dan Kuala Kangsar), Gombak, Kuala Krai di Kelantan dan tiga kawasan di Pahang (Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin) telah dikeluarkan dengan amaran cuaca panas Tahap 1.
“Suhu maksimum di kawasan tersebut dijangka mencecah antara 35°C dan 37°C untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.
Untuk maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian, rujuk https: Â https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/
-BTS Media