BTS Media

Gangguan IT global: Masa menunggu lebih lama di beberapa hospital

SESETENGAH pesakit di beberapa hospital mengadu terpaksa menunggu lebih lama daripada biasa kerana gangguan sistem komputer.

Seorang pesakit memberitahu akhbar The Star bahawa dia terpaksa menunggu kira-kira dua jam untuk mendapatkan rawatan selepas diberitahu sistem komputer mengalami gangguan.

Menurutnya, para jururawat kelihatan tertekan dan berkejar ke sana sini mereka untuk melakukan terbaik bagi memastikan keadaan terkawal.

Dia berkata, sistem pulih sekitar pukul 3.30 petang.

Di Melaka, Pusat Perubatan Oriental Melaka Straits berkata mereka mengalami gangguan ‘server’ akibat isu IT global.

“Pasukan pengurusan kami sedang giat berusaha untuk menyelesaikan situasi itu dengan segera dan akan memberikan kemas kini sewajarnya,” katanya.

-BTS Media

Leave a Comment