BTS Media

Petani direman berhubung kematian dua beradik makan keropok beracun

SEORANG lelaki dikaitkan dengan kematian dua beradik lelaki baru-baru ini yang makan keropok dicampur racun tikus telah ditambah reman selama dua hari mulai hari Selasa (16 Julai).

Lanjutan tahanan reman petani berusia 33 tahun itu diluluskan Hakim Mahkamah Sesyen Mirza Mohamad.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Dia sebelum ini direman enam hari bermula 11 Julai hingga hari Selasa (16 Julai).

Dua beradik, Muhammad Aqil Syauqi Nur Sufyan, tiga, dan Muhammad Luth Syauqi, dua, meninggal dunia dalam tempoh dua hari antara satu sama lain selepas makan keropok beracun yang diletakkan di pagar kebun di Kampung Padang Ubi, Kulim, 7 Julai lalu.

-BTS Media

Leave a Comment