BTS Media

Bersatu pecat 123 ahli langgar peraturan parti

BERSATU telah mengeluarkan notis memperincikan senarai nama yang telah ditamatkan keahlian daripada parti itu pada hari Sabtu (13 Julai).

“Bersatu dengan ini memaklumkan bahawa senarai nama di bawah telah melanggar Fasal 10 Perlembagaan parti.

“Oleh itu, keahlian mereka dengan ini ditamatkan dan mereka dikeluarkan daripada daftar keahlian parti,” kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin melalui Facebook hari ini.

Notis tersebut menyenaraikan 123 ahli dari Perlis, Kedah. Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan yang disingkirkan.

-BTS Media