GAMBAR: Wikimedia Commons.
WALAUPUN dibelanjakan sebanyak RM3.915 bilion untuk projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) di Lembah Kelang sejak 2011, namun projek itu tidak boleh disiapkan tahun ini dan tidak mencapai matlamat, kata Jabatan Ketua Audit Negara.
Hasil audit mendapati pelbagai infrastruktur projek berkenaan rosak, manakala kualiti air Sungai Klang masih tidak bersih.
“Semua objektif River of Life masih belum berjaya dicapai terutamanya untuk meningkatkan kualiti air sungai Kelas IIB (yang sesuai disentuh bagi tujuan rekreasi),” kata Ketua Audit Negara, Wan Soraya Wan Mohd Rodzi dalam laporan yang diumumkan pagi ini.
Projek River of Life yang dilancarkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak dengan peruntukan dana kira-kira RM4.4 bilion itu adalah bagi pembangunan semula beberapa sungai sekitar lembah Klang, selain untuk membersihkan kualiti air sungai dan alirannya kira-kira sepanjang 100km.
Menurut laporan Jabatan Audit, setakat bulan Julai 2023, sebanyak 12 projek RoL masih dalam peringkat prapelaksanaan, lapan dalam pelaksanaan manakala kontraktor penyiap belum dilantik bagi dua projek dan telah ditamatkan kontrak.
-BTS Media