BTS Media

PAS tegas tidak akan sertai kerajaan perpaduan, kata Tuan Ibrahim

Oleh Yusoff A. Shariff

PAS tegas tidak akan menyertai kerajaan perpaduan.

Kenyataan yang menafikan khabar itu oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan pendirian parti tersebut.

Tuan Ibrahim berkata tidak ada sebab untuk diadakan perbincangan antara PAS dan kerajaan perpaduan yang dianggotai Pakatan harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)/UMNO kerana PAS teguh dalam keputusannya untuk tidak menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, lapor Sinar Harian.

“Tiada rundingan, tiada perbincangan, tiada mesyuarat dalaman parti atau apa-apa yang seumpamanya,” kata beliau.

Tuan Ibrahim membuat kenyataan ini semasa ceramah Perikatan Nasional bagi pilihan raya kecil Sungai Bakap pada Sabtu (22 Jun).

Beliau berkata parti itu berpegang teguh pada janjinya untuk tidak sekali-kali bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

“Kami berjanji kepada rakyat ‘No Anwar! No DAP!’

Sebelum ini, dilaporkan Menteri Perhubungan Fahmi Fadzil, menyebut terdapat banyak perbincangan berhubung perbincangan mengaitkan gabungan antara Pembangkang dan kerajaan perpaduan.

-BTS Media

Leave a Comment