BTS Media

Kementerian Kesihatan pantau Covid-19 di Singapura, kata Dr Dzul

Oleh Yusoff A. Shariff

KEMENTERIAN Kesihatan sedang memantau dengan teliti perkembangan Covid-19 di Singapura, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

“Kementerian Kesihatan sedang menjejaki dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 baru-baru ini yang dilaporkan oleh Singapura,” katanya dalam catatan X pada Ahad (19 Mei).

Menurut laporan, perkadaran gabungan sub-varian KP.1 dan KP.2 pada masa ini menyumbang lebih daripada 2/3 kes Covid-19 di Singapura.

Beliau berkata Malaysia melaporkan 1,230 kes antara 12 Mei dan 18 Mei.

Ini adalah peningkatan sebanyak 14.8% daripada 1,071 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Tiada kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan sejak 25 April 2024,” katanya.

Jumlah kes di republik jiran itu meningkat dua kali ganda kepada 25,900 antara 5 Mei dan 11 Mei, daripada 13,700.

Purata kemasukan ke hospital harian daripada Covid-19 meningkat kepada 250 daripada 181.

-BTS Media

Leave a Comment