SEORANG anggota pasukan pertahanan awam Malaysia meninggal dunia semalam, lebih 40 hari selepas rebah semasa pemilihan untuk unit khas di bawah agensi itu.
Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sembilan Nazri Mes Kam berkata, Afiq Ammar, 25, yang sebelum ini ditempatkan di Pulau Pinang, rebah semasa sesi pemilihan di Port Dickson.
Afiq telah koma selama lebih 40 hari sejak 9 Mac lalu, lapor Bernama.
“Dia rebah ketika berlari sejauh 7km, dan kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Port Dickson.
“Bagaimanapun, disebabkan keadaannya yang semakin teruk, dia telah dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar,” kata Nazri.
Solat hajat untuk Afiq diadakan di surau ibu pejabat pertahanan awam negeri sebelum jenazahnya dibawa ke Pulau Pinang untuk dikebumikan.
-BTS Media