GAMBAR: Anadolu.
RAFAH, 20 Mac — Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak rayuan Joe Biden supaya membatalkan rancangan serangan darat ke atas Rafah, tempat perlindungan terakhir di Gaza untuk lebih sejuta orang yang kehilangan tempat tinggal.
Netanyahu memberitahu parlimen Israel pada hari Selasa bahawa dia telah menyatakan “sangat jelas” kepada presiden AS itu bahawa tentera Israel bertekad untuk menyerang Rafah, kerana kononnya tiada cara lain bagi mereka mencapai matlamat.
Kedua-dua pemimpin bercakap melalui telefon pada hari Isnin, lapor AFP.
Penasihat Keselamatan White House Jake Sullivan berkata Washington percaya bahawa serangan ke atas Rafah adalah kesilapan besar, dan Israel sebenarnya boleh mencapai matlamat ketenteraannya dengan cara lain.
Pegawai AS dan Israel berkemungkinan akan bertemu awal minggu depan di Washington untuk membincangkan operasi ketenteraan Israel di Rafah, kata jurucakap White House Karine Jean-Pierre pada hari Selasa, yang juga menyuarakan kebimbangan mengenai laporan kebuluran yang akan berlaku di Gaza.
-BTS Media