BTS Media

Netanyahu: Tiada siapa pun boleh halang kami di Gaza

Oleh Yusoff A. Shariff

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada hari Sabtu dengan bangganya berkata tiada siapa akan menghalang tindakan negara Zionis itu di Semenanjung Gaza.

Bercakap sempena hari ke-100 keganasan ke atas penduduk Palestin di Gaza pada hari Ahad melalui TV, dia berkata tidak ada pihak yang mampu menahan mereka, termasuk Mahkamah Dunia di The Hague, Belanda.

Netanyahu merujuk kepada kes yang dibawa ke mahkamah tertinggi PBB, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, yang mendakwa serangan Israel melanggar Konvensyen Genosid PBB.

Dia turut dengan bongkak mendabik dada kononnya tentera Israel telah ‘berjaya’ “menghapuskan sebahagian besar batalion Hamas” di wilayah Palestin yang terkepung.

Netanyahu juga berkata penduduk Gaza tidak akan dapat pulang ke rumah mereka dalam masa terdekat.

Dia memetik undang-undang antarabangsa yang kononnya membenarkan tentera Israel menghalau penduduk Gaza dari tempat tinggal mereka.

-BTS Media

Leave a Comment