AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bersama PN untuk menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan mengenai isu semasa negara.
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata Syed Saadiq telah menyatakan kesediaannya untuk bersama di pentas PN nanti.
Siri jelajah itu juga akan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kedudukan dan peranan PN.
“Pasal Syed Saddi pun menyokong kita. Walaupun beliau tidak menyertai dalam PN, tapi pro kita.
“Kita PN di peringkat tertinggi telah buat keputusan, kita akan mengadakan jelajah di semua negeri untuk menjelaskan isu-isu semasa…
“Dan mendengar rintihan rakyat di bawah dan apa peranan PN boleh lakukan,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen PN di Kuala Lumpur, semalam.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata siri jelalah itu akan berlangsung selepas Ramadan nanti.
Katanya, PN memberi fokus kepada usaha sebagai langkah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti itu.
Mengulas mengenai isu wakil rakyat PN tidak mempunyai peruntukan yang menyebabkan tujuh wakil rakyat Bersatu beralih sokongan tidak berbangkit lagi.
Penjelasan mengenai perkara itu telah diberikan supaya wakil rakyat PN dapat memaklumkan kepada masyarakat bahawa soal peruntukan pembangunan di sesebuah kawasan adalah tugas kerajaan.
“Kita sentuh soal itu, kita banyak berikan nasihat, khususnya Tuan Ibrahim , tak jadi halangan wakil rakyat bekerja dengan berkesan.
“Kerana rakyat tahu bahawa kita pembangkang…kita memang tak ada duit,” katanya lagi.
Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/698829