BTS Media

Titah Agong: PN desak layanan sama rata bagi semua ahli parlimen

Oleh Yusoff A. Shariff

PEMIMPIN Perikatan Nasional (PN) merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong untuk sekali lagi menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya memberikan peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Semalam, Sultan Ibrahim memberi amaran kepada semua ahli Parlimen agar tidak menyebabkan sebarang ketidakstabilan politik, dan menekankan bahawa baginda tidak akan melayan sebarang permintaan daripada pihak yang cuba mengancam kestabilan politik negara.

Baginda juga menitahkan bahawa pihak yang ingin “bermain politik” perlu menunggu pilihan raya umum seterusnya (PRU16).

kerajaan perlu memastikan bahawa negeri-negeri ini diperlakukan secara adil mengikut prinsip federalisme

Susulan itu, Ketua Pemuda PN Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata “semua pihak dalam kerajaan persekutuan sepatutnya tidak bermain politik”, sambil menambah bahawa ahli Parlimen pembangkang perlu diperlakukan secara adil dan diberikan hak mereka.

Selain mempertimbang bagi memudahkan permohonan untuk projek pembangunan di empat negeri yang diperintah oleh PN, beliau berkata kerajaan perlu memastikan bahawa negeri-negeri ini diperlakukan secara adil mengikut prinsip federalisme.

Anwar menetapkan syarat kepada ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong beliau bagi mendapatkan dana pembangunan kawasan

Dengan cara itu kerajaan sekarang tidak akan menghadapi masalah untuk meneruskan pentadbiran (negara) sehingga pilihan raya umum seterusnya,” kata beliau, yang juga Ahli Parlimen Alor Setar.

Afnan mendakwa Anwar menetapkan syarat kepada ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong beliau bagi mendapatkan dana pembangunan kawasan.

Anwar, bagaimana pun, menafikan dakwaan itu.

Bulan lalu, Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor yang juga pengarah pilihan raya PN, mendakwa bahawa kerajaan perpaduan akan jatuh sebelum tamat tempoh kerana PN mempunyai jumlah deklarasi berkanun (SD) yang mencukupi daripada ahli parlimen untuk menggantikan kerajaan perpaduan.

Pada bulan Mac lepas, presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata bahawa pihak pembangkang mempunyai hak merumuskan rancangan untuk mengambil alih kerajaan, dan tiada sesiapa boleh menghalangnya daripada berbuat demikian.

Hadi, yang juga naib pengerusi PN, memberitahu wartawan bahawa pihak pembangkang sedang berusaha untuk mengambil kembali Putrajaya “bukan sahaja melalui pilihan raya tetapi juga di Parlimen”, tambahnya.

Menurut beliau “ini ialah perkara lazim dalam sebuah negara demokratik”.

Sebelum itu, beliau juga mengatakan bahawa pentadbiran Anwar akan “jatuh tidak lama lagi”, dan menasihati parti-parti kerajaan agar jangan menyalahkan PN apabila ini berlaku.

-BTS Media

Leave a Comment