Oleh Zainal AS Rashid
PEGAWAI kanan polis yang dipercayai terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kematian seorang pelajar berusia 17 tahun di Taman Jati, Meru Raya, direman tiga hari.
Perintah reman itu dikeluarkan hakim Mahkamah Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan di balai polis daerah di Ipoh pada Sabtu (16 Dis).
Reman pada hari Sabtu dan berakhir hari Isnin (18 Dis).
Pegawai kanan polis yang ditempatkan di ibu pejabat kontinjen negeri Kedah itu ditahan pada Jumaat (15 Dis), lapor NST.
Dia disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Semalam (Jumaat), mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Lima SMK Jati dikenali sebagai Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta kira-kira pukul 12.40 tengah hari.
-BTS Media