BTS Media

Mahkamah Pilihan Raya tolak petisyen, kekalkan kemenangan Hilman di DUN Gombak Setia

KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya hari ini, membuat keputusan menolak petisyen membatalkan kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham dari Perikatan Nasional (PN).

Petisyen itu dibuat seorang pengundi DUN Gombak Setia, Shaffie Omar, yang mendakwa menerima RM150 sebagai dorongan kepada pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, di antara 4 dan 5 Ogos lalu.

Penolakan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya.

Dalam PRN Selangor yang berlangsung pada 12 Ogos lalu, Hilman memenangi kerusi DUN Gombak Setia, selepas meraih 30,299 undi, mengatasi calon Barisan Nasional, Megat Zulkarnain Omardin (30,241 undi), dan calon bebas, Salim Ali (1,076 undi).

-BTS Media

Leave a Comment