BTS Media

‘Jangan babit penjawat awam dalam politik’, Cuepacs tegur wakil PKR

GAMBAR: Malaysiakini.

 

CUEPACS menegur ahli politik yang dilihat ‘mengheret’ penjawat awam demi kepentingan mereka, susulan cadangan mewujudkan jawatankuasa pemerhati bagi memantau guru tidak menyokong kerajaan pada Kongres PKR, semalam.

Mengulas gesaan perwakilan dari Johor Haryati Abu Nasir, Presidennya Adnan Mat menyifatkan tindakan itu hanya merugikan sumber kerajaan.

Tegasnya, tumpuan sewajarnya kepada perkara lebih penting dan bermanfaat seperti meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Cuepacs ingin menegur semua ahli politik supaya tidak melibatkan perkhidmatan awam serta warganya dalam kepentingan politik masing-masing.

“Sebaliknya bersama-samalah dengan kami dalam membangunkan negara ini supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Haryati menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan jawatankuasa pemerhati bagi memantau guru yang tidak menyokong kerajaan.

Beliau mendakwa wujud trend membimbangkan dalam kalangan penjawat awam yang secara terbuka tidak mahu menyokong kerajaan ditadbir Anwar Ibrahim ketika ini.

Adnan turut membidas Haryati yang melontarkan cadangan itu dan bertanyakan sama ada pengundi hanya terdiri daripada penjawat awam sehingga diberikan perhatian seumpama itu.

“Daripada sudut penjawat awam sememangnya kita harus mendukung aspirasi kerajaan memerintah.

“Cuma sebagai individu penjawat awam juga ada pilihan apabila tiba masanya untuk memilih,” katanya.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/11/27/jangan-babit-penjawat-awam-dalam-politik-cuepacs-beritahu-wakil-pkr/

Leave a Comment