BTS Media

Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke Institut Jantung Negara

AHLI Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkembangan kesihatan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum sesi persidangan hari ini bermula.

Bagaimanapun, Johari tidak memperincikan secara lanjut keadaan Ismail.

“Saya nak maklumkan bahawa sahabat kita berada di Intensive Cardiac Care Unit (ICCU) di IJN, dan beliau tidak boleh dilawati.

“Namun kita berdoalah ya agar sahabat kita di lindungi Allah dan sembuh dengan segera,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Baca lagi: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-parlimen-maran-dimasukkan-ke-ijn-446829

Leave a Comment