BTS Media

Jumlah kes denggi melonjak 265% di Ipoh

GAMBAR KOMPOSIT: The Star/BTS Media

 

IPOH: Musim hujan berterusan antara faktor pertambahan pembiakan nyamuk aedes, sekali gus menjurus peningkatan kes denggi hingga 265% di Ipoh, pada September hingga Oktober ini.

Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin, berkata setakat 21 Okt (minggu Epid: 42/2023), sebanyak 1,504 kes dilaporkan berbanding 412 kes bagi tempoh sama tahun lalu, bagaimanapun tiada kes kematian dilaporkan.

“Setakat 28 Okt, sebanyak 14 lokaliti wabak terkawal dan tiga lokaliti wabak tidak terkawal telah dilaporkan, manakala lima lagi telah menjadi lokaliti hotspot,” katanya dalam ucapan bersempena dengan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Bulan Oktober 2023.

Justeru, Rumaizi menasihati warga bandar raya itu supaya terus mengambil langkah pencegahan dan kawalan denggi dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar persekitaran rumah.

-Bernama

Leave a Comment