GAMBAR: Dilesenkan di bawah Wikimedia Commons.
Oleh Zainal AS Rashid
RAMAI penumpang yang telah bersiap sedia untuk menaiki pesawat MYAirline, sesetengahnya bersama keluarga dari Kota Baru ke Kuala Lumpur Ahad ini terkejut apabila dimaklumkan bahawa syarikat penerbangan itu telah menghentikan operasi.
Ada yang pergi ke kaunter untuk mendapatkan penjelasan, tetapi mendapati telah ia telah ditutup, lapor The Star.
Mereka kecewa kerana tidak dimaklumkan mengenai status tempahan sebelum itu.
Seorang penumpang berkata, semasa dia membeli tiket, laman web menyatakan penerbangan masih tersedia.
Dia berkata, MYAirline sepatutnya memaklumkan kepada penumpang tanpa mengira keadaan sebagai tanda ihsan.
“Saya harap saya akan mendapat bayaran balik kerana saya juga telah menghantar e-mel kepada mereka mengenai perkara itu.
“Bagaimana pun, saya tidak pasti berapa lama saya perlu menunggu sebelum mendapatkan balik duit saya,” katanya.
Di media sosial dan di lapangan terbang, penumpang yang marah menuntut MYAirline supaya bertanggungjawab atas kerugian yang dialami mereka berikutan pembatalan dan penggantungan perkhidmatan operasi syarikat tersebut.
Dua penerbangan, iaitu Kota Kinabalu-Tawau dan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur, telah dibatalkan oleh syarikat tersebut.
Di Sabah, penggunaan kapal terbang, terutamanya dari Kota Kinabalu ke pantai timur dan kawasan pedalaman adalah satu keperluan berikutan masa perjalanan melalui jalan darat yang lama.
-BTS Media