BTS Media

Mansuh pencen ahli Parlimen, penjawat awam – Khairy

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan membatalkan pencen ahli Parlimen.

Bahkan, beliau juga mencadangkan pencen penjawat awam turut dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara.

Menurutnya, beliau sedia sekiranya pencen beliau ditukar kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seperti dicadangkan pakar ekonomi baru-baru ini.

“Saya rasa pencen ini, zamannya sudah berlalu. Masa saya dalam Jemaah Menteri, saya kata ada tiga perkara yang boleh kita buat untuk menjaga fiskal negara.

“Pertama, kenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kedua, rasionalisasi subsidi. Yang kedua ini, kerajaan kata nak buat walaupun kita tidak tahu apa mekanismenya.

“GST masih lagi tunggu dan lihat. Ketiga, adalah untuk hentikan pencen. Tapi ini untuk penjawat awam yang ada dalam perkhidmatan, skim pencen diteruskan.

“Tetapi semua penjawat awam yang baru, selepas tarikh ditetapkan, sebagai contoh 1 Januari 2024, semuanya dimasukkan ke dalam KWSP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam podcast Keluar Sekejap bersama Tiber pada Selasa.

Tegasnya, pemansuhan itu harus dilakukan secepat mungkin kerana selagi ia ditangguhkan, selagi itu ia memberi kesan kepada kewangan negara.

Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/281163/berita/nasional/mansuh-pencen-ahli-parlimen-penjawat-awam—khairy

Leave a Comment