Oleh Zainal AS Rashid
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi rendah hari ini di kedua-dua PRK Pulai dan Simpang Jeram dan di Muar.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata kawasan Parlimen Pulai mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 33 peratus, manakala DUN Simpang Jeram mencatatkan 44 peratus, setakat pukul 2.00 petang, lapor NST.
Beliau berkata hujan lebat punca peratusan keluar mengundi yang rendah di Pulai. Di Simpang Jeram diramalkan ribut petir tetapi setakat ini cuaca baik.
“SPR masih menyasarkan peratusan keluar mengundi 70 peratus hari ini,” katanya.
Kerusi Parlimen Pulai menyaksikan pertandingan antara, Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional, Suhaizan Kaiat dari Pakatan Harapan, dan calon bebas Samsudin Mohaman Fauzi.
Di Simpang Jeram, Dr. Mohd Mazri Yahya (PN), Nazri Abdul Rahman (PH), dan calon Bebas S. Jeganathan, bertanding bagi kerusi DUN itu.
Pilihan raya kecil di Pulai dan Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya Salehuddin Ayub pada 23 Julai lalu.
-BTS Media