BTS Media

Dr Mahathir pertahan catatan Facebook

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan catatannya di Facebook yang dibuat bulan lalu, yang didakwanya berdasarkan Perlembagaan.

Mahathir hari ini diambil keterangan berhubung siasatan yang sedang berjalan. Difahamkan polis merakamkan keterangannya berikutan laporan berhubung catatan Facebook pada 27 Julai.

“Saya bercakap berkenaan dengan Perlembagaan yang mana Perlembagaan itu menyebut tentang kedudukan negara kita,” katanya kepada media pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary.

Mahathir berkata beliau akan menjawab di mahkamah apabila diminta menjelaskan catatan itu.

Pada 27 Julai, Mahathir membuat catatan di Facebook, yang menyatakan bahawa Malaysia harus diiktiraf terutamanya sebagai sebuah negara Melayu berbanding sebuah negara berbilang kaum.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/08/18/dr-m-pertahan-catatan-fb/

Leave a Comment