BTS Media

Isu nikotin: ‘Tunggu tindakan lanjut Jabatan Peguam Negara’ – Dr Zaliha

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya, susulan tiga badan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut isu berkenaan kerana sudah menjadi kes mahkamah.

“Saya sudah menjawab hal ini, maksudnya sekarang sudah masuk kepada judicial review (semakan kehakiman), jadi kita tidak akan sebut lebih-lebih maknanya (tunggu) daripada AGC dan sebagainya.

“Sebab sudah masuk kes mahkamah, jadi setakat ini kita tunggu perjalanan dan proses seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KKM di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pendirian KKM berikutan tindakan tiga NGO kesihatan dan kanak-kanak mengemukakan permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1128891/tunggu-tindakan-lanjut-jabatan-peguam-negara-dr-zaliha

Leave a Comment