BTS Media

Tarik balik kenyataan pelaburan Langkawi 500 bilion, pembantu Dr Mahathir beritahu Tengku Zafrul

Oleh Yusoff A. Shariff

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz harus menarik balik kenyataannya yang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung jumlah pelaburan 500 juta, dan bukan 500 bilion di Langkawi.

Pegawai khas kepada Dr Mahathir, Malek Redzuan berkata Tengku Zafrul harus memohon maaf atas apa yang diperkatakan.

Melalui Twitter, beliau berkata akhbar harian Sinar Harian telah membetulkan kesilapannya berhubung jumlah pelaburan di Langkawi itu, tapi bila pula Tengku Zafrul akan menarik balik kenyataannya.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh beliau semalam, Tengku Zafrul telah meminta Dr Mahathir mendedahkan butiran pelaburan yang didakwa berjumlah RM500 bilion di Langkawi.

Beliau berkata kerajaan bersedia untuk membentangkan “permaidani merah dari lapangan terbang terus ke hotel” untuk pelabur yang didakwanya akan melabur sebanyak RM500 bilion itu.

“Tiada pelaburan sebanyak RM500 bilion pernah diluluskan sepanjang sejarah Malaysia, termasuk semasa Mahathir dua kali menjadi perdana menteri.

Tengku Zafrul berkata setakat ini jumlah tertinggi adalah pelaburan RM309 bilion, dan itu pun daripada pelbagai sumber di serata negara dalam satu tahun.

-BTS Media

Leave a Comment