BTS Media

Pegawai polis didakwa hina anggota, bertengkar di parkir digantung tugas

PEGAWAI polis yang didakwa menghina anggota dan bertengkar di tempat letak kenderaan dalam dua video tular berasingan telah digantung tugas.

Dalam satu video, wanita terbabit kelihatan memarahi anggota bawahan dan didakwa menghinanya, manakala dalam video lain dia kelihatan bertengkar dengan seseorang di kawasan letak kenderaan di Brickfields, Kuala Lumpur.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata dua kertas siasatan terhadap wanita itu dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis juga buka enam siasatan berasingan terhadap perkara itu.

Saifuddin bercakap kepada pemberita selepas majlis serah tugas ketua polis negara (KPN) dan timbalan di pusat latihan polis (Pulapol) di Kuala Lumpur.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/06/22/pegawai-polis-tular-hina-anggota-bertengkar-di-parkir-digantung-tugas/

Leave a Comment