BTS Media

Muhyiddin: Anwar perlu jelas perjanjian maritim dengan Indonesia

Oleh Yusoff A. Shariff

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan mengapa beliau menandatangani perjanjian sempadan laut dengan Indonesia baru-baru ini.

Beliau berkata Anwar telah menandatangani perjanjian itu semasa lawatan dua hari presiden Indonesianya Joko Widodo ke Malaysia awal minggu ini, walaupun dinasihatkan oleh pakar maritim supaya tidak berbuat demikian.

Menurut Muhyiddin, pakar maritim telah memberitahu Anwar supaya tidak menandatangani perjanjian tersebut, tetapi beliau meneruskannya.

Beliau berkata perkara itu tidak boleh diputuskan secara tergesa-gesa kerana risiko wilayah negara ini diambil oleh negara lain.

“Saya tidak menuduhnya (Perdana Menteri). Apa yang saya mahu ialah supaya beliau tampil menjelaskan dengan menunjukkan bukti secara terbuka, dan tidak perlu berselindung.

“Walaupun Indonesia adalah negara jiran kita, tetapi kita tidak harus berkompromi dalam soal kedaulatan negara,” kata Muhyiddin dalam ucapannya semasa ceramah di Seremban malam tadi.

Sebelum ini dilaporkan Malaysia dan Indonesia menandatangani enam surat cara termasuk perjanjian persempadanan wilayah di Laut Sulawesi dan Selat Melaka semasa lawatan baru-baru-baru ini.

Perjanjian bagi persempadanan semula di Laut Sulawesi dan Selat Melaka dimeterai selepas dua dekad rundingan berhubung perkara berkenaan.

Muhyiddin yang juga presiden BERSATU berkata, walaupun perkara itu melibatkan negara jiran, Malaysia harus mempertahankan hak dan kedaulatannya dengan apa cara sekali pun.

“Sebelum ini, sekembalinya dari China, beliau (perdana menteri) telah menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan republik itu (mengenai isu Laut China Selatan). Ini tidak betul.

“Di peringkat antarabangsa, walaupun mereka kawan, namun kita mesti mempertahankan hak dan kedaulatan kita,” katanya.

-BTS Media

Leave a Comment