PERIKATAN Nasional (PN) berkata sekurang-kurangnya 10 tokoh kanan UMNO akan menyertai gabungan itu menjelang pilihan raya negeri.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Melaysia (Bersatu) Senator Datuk Razali Idris berkata antara yang akan menyertai PN ialah pemimpin yang diketepikan oleh UMNO, lapor NST.
“Mereka secara sukarela menyertai satu parti (dalam PN), sama ada PAS atau BERSATU,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat sebelum pilihan raya negeri.
Beliau menjawab khabar bahawa pemimpin UMNO, selain bekas ketua Umno Selangor Noh Omar, dan bekas ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, akan menyertai PN.
Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mengesahkan lapan bekas pemimpin UMNO akan menyertai gabungan itu.
-BTS Media