BTS Media

Jenazah Awang Askandar tiba di Kem 3 Everest

GAMBAR ATAS: Kem 3 Everest/ Daniel Oberhaus, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons

 

JENAZAH pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat tiba di kem tiga pada pukul 7 pagi waktu Nepal, pada Rabu.

Ketua ME 2023, Azim Afif Ishak berkata, jenazah telah dibawa turun dengan bantuan enam malim gunung secara manual menggunakan pengusung dari kem empat.

Menurutnya, buat masa ini pasukan penyelamat berehat sebentar selepas berhempas pulas selama sembilan jam bergilir-gilir mengusung jenazah, sebelum meneruskan perjalanan ke kem dua.

GAMBAR: Facebook.

Beliau berkata. cCuaca ketika ini kurang baik dengan keadaan berangin, mendung dengan suhu yang rendah.

“Kita jangkakan perjalanan dari kem tiga ke kem dua mengambil masa selama dua jam namun ia bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Azim berkata, sebaik tiba di kem dua, jenazah akan terus diterbangkan dengan helikopter ke Everest Base Camp (EBC) dan seterusnya dibawa ke hospital di Kathmandu untuk proses selanjutnya.

Jelasnya, jika keadaan cuaca mengizinkan, jenazah dijangka akan diterbangkan ke Kathmandu pada pukul 1 tengah hari waktu Nepal.

Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/260033/berita/semasa/tragedi-everest-jenazah-awang-askandar-tiba-di-kem-tiga

Leave a Comment