BTS Media

Rakyat marhaen nak beli rumah tak mampu, apa kerajaan buat?

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang perlu mencari penyelesaian terbaik untuk membolehkan rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentol, Datuk Jasri Jamaludin (BERSATU)  berkata dalam keadaan sekarang rakyat negeri amat sukar untuk memiliki rumah sendiri kerana tidak mampu membiayai kos rumah yang tinggi.

Beliau yang berkata demikian pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri Pahang baru-baru ini berkata, ini kerana sebahagian rakyat tidak mampu membayar pendahuluan RM15,000 bagi rumah berharga RM150,000.

“Saya sarankan agar kerajaan negeri fikirkan jalan penyelesaian yang terbaik sama ada kurang kadar wang pendahuluan ke lima peratus atau wujudkan sistem kewangan khas untuk pinjaman dan jual beli.

“Kalau nak beli motosikal, kita boleh sahaja pinjam di kedai yang bertauliah. Jadi, saya cadang agar kerajaan negeri mewujudkan mekanisme yang hampir sama bagi memudahkan pinjaman kepada rakyat kurang berkemampuan,” katanya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar sistem sewa beli diperkenalkan, dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi menjamin kutipan sewa beli yang konsisten.

Jasri berkata, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) hanya membebankan rakyat dan berkonsep “double dipping” iaitu proses yang sama berulang walaupun penyerahan kepada SJKP, tetapi perlu melalui bank.

“Kenapa tidak diwujudkan sistem bersepadu berkonsepkan ‘one stop centre?’

-BTS Media

Leave a Comment