Oleh Yusoff A, Shariff
ANWAR Ibrahim mungkin berisiko dilihat sebagai “perdana menteri paling teruk” jika beliau gagal melaksanakan perubahan dan pindaan yang lantang disuarakannya semasa dalam  pembangkang, kata kumpulan hak asasi manusia SUARAM hari ini.
Pengarah Eksekutif badan itu, Sevan Doraisamy berkata Anwar yang pernah dianggap sebagai juara hak asasi manusia dan pejuang hak rakyat di masa lalu, kini semakin pudar dan mengecewakan dalam mengusahakan perubahan.
Sevan berkata, jika dibandingkan Anwar sekarang (sebagai perdana menteri) dan pendirian sebelum ini, Anwar adalah pilihan lebih baik kerana agenda reformasi dan latar belakangnya.
âTetapi, jika beliau masih gagal melaksanakan apa diperjuangkannya itu, beliau mungkin akan dianggap sebagai perdana menteri paling teruj, berbanding perdana menteri sebelum ini yang tidak banyak menjanjikan perubahan,â katanya semasa melancarkan laporan SUARAM di Kuala Lumpur pada Khamis (27 April).
Sevan berkata Anwar telah menjanjikan begitu banyak agenda reformasi, tetapi pentadbirannya lambat untuk melaksanakan apa yang boleh dilakukan, seperti pemansuhan hukuman mati mandatori.
Awal bulan ini, Parlimen telah meluluskan Rang Undang-Undang yang mencadangkan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori. Ia diluluskan melalui undi suara selepas dibentangkan untuk bacaan ketiga, dan kini perlu diluluskan di Dewan Negara sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan diraja.
Menurut Sevan, Anwar masih ada peluang untuk mencari jalan mengatasi kesukaran, dan melakukan apa yang janjikan. Jika tidak, beliau hanya akan kekal seperti kerajaan-kerajaan sebelum ini.
Sevan mengimbau masa lalu apabila sekumpulan ahli parlimen menentang Akta Hasutan dan menggesa supaya undang-undang itu dimansuhkan, tetapi sekarang apabila mereka berada dalam kerajaan, Akta Hasutan tidak termasuk dalam senarai undang-undang yang memerlukan pindaan atau dimansuhkan.
âSOSMA, kita semua tahu apa yang berlaku. Menteri Dalam Negeri berkata ia tidak akan dimansuhkan. Kami telah membincangkan perkara ini bersama menteri undang-undang, namun masih belum berpeluang mengadakan pertemuan secara langsung dengan menteri dalam negeri,â katanya merujuk kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 yang masih diselubungi kontroversi berhubung penahanan.
âKe mana perginya kemahuan politik (political will) dan keberanian untuk memansuhkan dan meminda undang-undang ini?â tanya Sevan.
Laporan tahunan 2022 SUARAM yang dikeluarkan hari ini, antara lain menyorot mengenai pemansuhan hukuman mati, reformasi SOSMA dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 bagi membolehkan polis membendung aktiviti jenayah komersial dengan lebih berkesan.
Awal tahun ini, badan pemantau pilihan raya BERSIH menggesa kerajaan pimpinan Anwar supaya mempercepatkan beberapa reformasi politik yang dijanjikan atau berisiko terus bergolak dan berdepan dengan ketidakstabilan dalaman. Setakat ini hanya undang-undang anti-lompat telah dilaksanakan, manakala selebihnya, seperti isu pembiayaan politik dan peruntukan saksama masih belum dimuktamadkan.
Badan pemantau hak asasi antarabangsa Human Rights Watch juga menyeru kerajaan Anwar supaya mempercepatkan reformasi undang-undang untuk melindungi komuniti dan kebebasan minoriti dengan lebih baik, selain menonjolkan beberapa bidang utama seperti hukuman mati, kebebasan bersuara, perlindungan terhadap pelarian dan orang yang mempunyai orientasi seksual berbeza.
-BTS Media