BTS Media

Bekas Ahli Parlimen Baling, Azeez dilantik pengerusi KEDA

BEKAS Ahli Parlimen Baling, Azeez Abdul Rahim, diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baharu pada Rabu.

Pada PRU15,  Azeez diitewaskan oleh calon Perikatan Nasional (PN) Hassan Saad, 65 dengan majoriti 29,137 di kawasan Parlimen Baling.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelantikan Abdul Azeez bagi menggantikan Jamil Khir Baharom yang memegang jawatan itu sebelum ini.

“Dahulu KEDA di bawah Jamil Khir dan kerajaan memutuskan jawatan ini diberikan kepada Abdul Azeez.

“Pelantikan ini diharap dapat mengeratkan jalinan agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW di Jitra, Kedah.

-BTS Media

Leave a Comment