BTS Media

Kamil Othman pengerusi FINAS baharu

KUALA LUMPUR: Kamil Othman dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu.

Pelantikan beliau diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di Facebook pada Jumaat.

Kamil menggantikan Senator Zurainah Musa yang tamat tempoh perkhidmatan pada Disember lepas.

Sebelum ini Kamil pernah memegang jawatan ketua pegawai eksekutif Finas.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai penasihat industri kreatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia dari Januari 2017 hingga Ogos 2018 dan pengarah Finas dari 2014 hingga 2016.

-BTS Media

Leave a Comment