Oleh Fetty Rara
PERHIMPUNAN bukan politik yang juga sepatutnya dihadiri oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan hari ini (Ahad 19 Mac) dibatalkan setelah dua premis menarik balik kebenaran mereka untuk mengadakan program dinamakan“Proklamasi Melayu” itu.
Menurut portal FMT, jurucakap Sekretariat Tanah Air berkata program tersebut telah digantikan dengan sidang media oleh Dr Mahathir di ibu pejabat parti PUTRA, pada pukul 3.00 petang ini.
Media semalam melaporkan bahawa pihak penganjur telah memutuskan untuk menangguhkan acara itu selepas dua pihak membatalkan kebenaran untuk diadakan program itu di premis mereka.
Lebih 300 orang dijangkakan menghadiri program tersebut.
Sekretariat Tanah Air adalah sekumpulan sukarelawan yang berdiri untuk memperjuangkan kepentingan Melayu.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada pihak yang didakwanya menggunakan kaum dan agama untuk mencetuskan perbalahan.
-BTS Media