BTS Media

Kes Siasatan LCS: Ramai lagi akan dipanggil termasuk orang kenamaan

LEBIH ramai individu bakal dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi diambil keterangan berhubung siasatan kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil mana-mana individu yang disyaki terbabit termasuk orang kenamaan.

Beliau turut menegaskan bahawa SPRM tidak akan memberi pengecualian dan perlindungan kepada mana-mana pihak.

“Kita mendapat maklumat daripada pegawai penyiasat bahawa ramai lagi saksi-saksi akan dipanggil untuk diambil keterangan dan keterangan itu bukan sahaja di dalam negara tetapi juga membabitkan dari luar negara.

“Sesiapa sahaja baik orang kenamaan, atau sesiapa yang terbabit semuanya akan dipanggil bantu siasatan,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 26 Bil 1/2020 (Penolong Penguasa P29 di Kompleks SPRM Negeri Johor di Johor Bahru, hari ini.

Azam berkata siasatan kes itu sebenarnya masih lagi dijalankan pihaknya bagi membuktikan bagaimana berlaku kehilangan wang begitu besar dalam kes LCS.

“Siasatan kes ini ke arah untuk membuktikan bagaimana ia berlaku dan bagaimana kehilangan wang begitu besar berlaku, jadi beri masa kita untuk siasat dan selesaikan kes ini,” katanya.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1077656/lebih-ramai-individu-termasuk-kenamaan-akan-dipanggil-bantu-siasatan

Leave a Comment