BTS Media

Kabinet mahu SPRM segerakan siasatan skandal LCS

KABINET pada Rabu memutuskan untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyegerakan siasatan terhadap projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya terdapat bukti kukuh, Peguam Negara hendaklah membuat pendakwaan dan membawa mereka yang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Saya telah memanggil Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas Mesyuarat Jemaah Menteri untuk segera bertindak selaras dengan keputusan mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan semalam (Rabu 10 Ogos).

Ismail turut memaklumkan bahawa mesyuarat kabinet juga membuat keputusan agar Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum.

Katanya, Jemaah Menteri turut mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan.

“Namun, proses ini perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu,” ujarnya.

Ismail menambah, keputusan Jemaah Menteri pada Rabu itu tidak akan mengganggu Proses Mobilisasi di bawah Pelan Pemulihan LCS yang diputuskan Jemaah Menteri pada 20 April 2022.

“Kerajaan komited untuk meneruskan projek ini atas kepentingan pertahanan negara selaras dengan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/215737/berita/nasional/kabinet-mahu-sprm-segerakan-siasatan-skandal-kapal-lcs

Leave a Comment