BTS Media

Johan Merican dilantik ketua setiausaha Perbendaharaan baharu mulai hari ini

Oleh Yusoff A. Shariff

KETUA Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali hari ini mengumumkan pelantikan Johan Mahmood Merican sebagai ketua setiausaha Perbendaharaan berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata pelantikan itu berdasarkan kelayakan Johan, kualiti kepimpinan dan pengalaman luas dalam sektor ekonomi, kewangan dan dasar.

Dalam satu kenyataan, Mohd Zuki melahirkan keyakinan penuh dengan kelayakan, pengalaman dan kredibiliti beliau dalam memikul amanah serta menyokong misi dan visi untuk terus mencapai kecemerlangan melalui pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

Sebelum ini, Johan ialah timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan (Dasar).

Menurut Mohd Zuki, Johan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan (TalentCorp), Timbalan Ketua Pengarah (modal insan) di bawah jabatan Perdana Menteri, dan Pengarah Kementerian Kewangan Pejabat Belanjawan.

Johan mempunyai ijazah kelas pertama dari University of Cambridge dan merupakan seorang akauntan.

-BTS Media

Leave a Comment