BELANJAWAN 2023 membabitkan peruntukan RM388.1 bilion, memberikan tumpuan kepada 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad, iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tata kelola bagi memulihkan keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.
Ini belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
WANITA
– Geran bernilai RM290 juta bagi menggalakkan wanita kembali bekerja selepas bersalin
BELIA
– RM200 kredit e-tunai bagi dua juta belia
B40
– Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi keluarga berpendapatan kurang RM2,500
– RM600 tambahan bagi isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih
– Sumbangan bakul makanan dan baucar barangan makanan asas bernilai RM600
– Sumbangan sehingga RM3,100 bagi keluarga golongan miskin tegar
M40
– Pengurangan 2 peratus cukai pendapatan, menyumbang pendapatan boleh guna tambahan sehingga RM1,300
PESAWAH DAN PEKEBUN KECIL GETAH
– Saluran pelbagai subsidi diteruskan dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion
– Sumbangan RM200 sebulan untuk tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah
– Sumbangan 30 peratus keuntungan bersih BERNAS kepada pesawah
– Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan kepada RM2.70 sekilogram
– Sumbangan musim tengkujuh dinaikkan kepada RM800 selama empat bulan
– RM50 juta bagi penggunaan Butimen getah beku diubahsuai bagi penyelenggaraan jalan
PENJAWAT AWAM
– RM180 subsidi yuran taska
– RM700 bantuan khas kewangan Aidilfitri
– RM350 bonus pesara kerajaan
– Elaun khas RM100 bagi semua pasukan SAR dalam misi di Turkiye dan Syria
PERLINDUNGAN SOSIAL
– Dividen 5.1 sen bagi simpanan ASB kurang RM30,000
– Had pelaburan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000
– RM500 bagi ahli KWSP berusia 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang
RM10,000 Â dalam Akaun 1
– PERKESO sedia insentif RM600 sebulan (selama tiga bulan) sebagai tambahan gaji
– RM600 sebulan bagi OKU, bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar, selama
tiga bulan
– Elaun RM300 selama tiga bulan bagi pekerja sampingan sertai latihan kemahiran
– Hampir 130,000 individu dengan hutang kurang RM50,000 dibebaskan daripada senarai muflis
TARIF ELEKTRIK
– Kadar dikekalkan bagi domestik, perniagaan perusahaan kecil dan sederhana
– Kadar dinaikkan bagi syarikat besar, kecuali sektor makanan dan pertanian
PERCUKAIAN BAHARU
– Cukai barangan mewah
– Duti eksais bagi produk cecair atau gel nikotin
– Cukai keuntungan pelupusan saham
PERUSAHAAN MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA (PMKS)
– RM50 juta bagi pembinaan dan naik taraf 3,000 kedai dan kiosk
– Cukai dikurangkan kepada 15 peratus bagi RM150,000 pertama
– RM40 bilion kemudahan pinjaman kepada usahawan
– RM1.7 bilion pinjaman disediakan melalui BNM, BSN, TEKUN
– RM300 juta pembiayaan khas bagi wanita dan belia
– Penjimatan sehingga RM3,000 kepada setiap 150,000 pembayar cukai
terawal PTPTN
– Diskaun 20 peratus bagi dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun melalui Program
e-Tunai Belia
– Tangguh bayaran balik selama enam bulan bagi peminjam berpendapatan bulanan
RM1,800 ke bawah
PENDIDIKAN
– 700,000 murid nikmati makanan bermasak dalam Rancangan Makanan Tambahan
– 240,000 murid prasekolah turut terima manfaat
– 50,000 komputer riba untuk institusi pendidikan
AGAMA
– Elaun guru KAFA dinaikkan kepada RM1,100 sebulan
– RM600 elaun khas petugas masjid
KESIHATAN
– RM3 bilion bagi lebih 1,500 lantikan baharu pegawai perubatan, pergigian dan
farmasi secara tetap, kontrak
– Skim Perubatan Madani bagi golongan miskin
– RM80 juta bagi PeKa B40
PENGANGKUTAN
– My50 diteruskan bagi manfaat 180,000 pengguna
– Prasarana perkenal Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 bagi rakyat Johor Bharu
– RM150 juta bagi program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) termasuk
ke Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu.
PERUMAHAN
– RM50 bagi memastikan keadaan selamat di PPR dengan keutamaan kepada mengganti
lif usang
PERUNTUKAN KHAS E-HAILING
– Lesen percuma bagi B2, teksi dan bas
PERSEDIAAN HADAPI BENCANA
– RM150 juta bagi naik taraf aset NADMA
– RM50 juta bagi penyediaan aset ATM, JBPM dan RELA
– RM20 juta Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti bagi 2,000 persatuan penduduk
-BTS Media