BTS Media

Pelan berbayar dedah pelanggan Meta kepada jurang digital, kata pengkritik

BEBERAPA tahun selepas Facebook secara senyap menarik balik slogan kononnya platform media sosial itu “Percuma dan Kekal Percuma”, syarikat induk Meta yang memiliki Facebook pada 19 Feb mendapat kecaman hebat setelah khabar angin tentang strategi untuk mengenakan bayaran dihebohkan.

Meta menggunakan strategi berbayar yang turut digunakan oleh platform saingan, Reddit, Snapchat, Twitter dan Discord.

Tetapi ,pengkritik menyuarakan kebimbangan berhubung cara Meta memilih untuk menstrukturkan tawaran baharunya, yang akan menelan kos AS$11.99 untuk aplikasi berasaskan web atau AS$14.99 untuk aplikasi mudah alih.

Firma itu berkata pelanggan akan mendapat lencana pengesahan, perlindungan tambahan terhadap penyamaran, akses terus kepada sokongan pelanggan dan lebih banyak lagi kelebihan.

Pakar keselamatan dalam talian, Kavya Pearlman berkata beliau tidak terkesan dengan idea untuk membayar bagi meningkatkan tahap perlindungan, yang hanya akan mewujudkan “sistem kasta digital” orang kaya dan tidak kaya, lapor AFP.

Menurut Pearlman dalam satu tweet, “Ciri-ciri keselamatan dan keselamatan TIDAK boleh dijual.”

Beliau mencadangkan pengenaan bayaran terhadap penyamar dan bukannya memerah wang daripada pelanggan yang sudah pun membayar untuk penggunaan data peribadi mereka.

Kumpulan pelobi yang lantang mengecam Meta, The Real Facebook Oversight Board dalam satu Tweet berkata, “Kini facebook mahu pengguna membiayai model memudaratkan yang menguasakan seluruh bisnesnya.”

-BTS Media

Leave a Comment