Oleh Zainal AS Rashid
INDIVIDU yang menikam seorang lelaki pertengahan umur di hospital Selayang pada Selasa (14 Feb) adalah pesakit psikiatri yang dibawa masuk oleh polis, kata Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata sebelum maklumat salah menjadi tular, perlu dimaklumkan bahawa tindakan itu dilakukan oleh pesakit psikiatri yang dibawa masuk oleh polis,” lapor The Star pada Rabu (14 Feb).
Tambahnya, kejadian seumpama itu boleh berlaku di mana-mana dan berkata Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) bagi pesakit yang mengalami gangguan psikiatri.
“Kami perlu melindungi pesakit kami di jabatan kecemasan dan klinik kami. Kami perlu menyemak SOP kami untuk pesakit yang mengalami gangguan psikiatri,” kata Dr Noor Hisham.
Semalam, NST melaporkan bahawa seorang pesakit psikiatri telah menikam seorang lelaki pertengahan umur tiga kali ketika menunggu di hospital.
Laporan tersebut berkata pesakit psikiatri itu mengambil pisau dari pantri kakitangan dan menikam seorang pesakit denggi sekali di belakang dan dua kali di perut.
Ia juga berkata bahawa mangsa terpaksa menjalani pembedahan kerana pisau itu terlekat di perut mangsa.
Menurut laporan itu lagi, penyerang dikatakan kecewa kerana terkandas di jabatan kecemasan hospital sementara menunggu katil di wad yang penuh ketika itu.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa yang bergegas ke hospital selepas mesyuarat Parlimen semalam berkata kejadian yang berlaku di Hospital Selayang itu sedang dalam siasatan pihak berkuasa berkaitan.
Saya bersama Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Pengarah Hospital serta pasukan Doktor yang merawat mangsa, telah bertemu keluarga mangsa bagi menjelaskan keadaan yang berlaku termasuk usaha² yg telah dilakukan dalam memastikan pesakit diberikan rawatan yg terbaik.
(2/3) pic.twitter.com/xdU3dZ3870
— Dr.Zaliha Mustafa (@Zaliha_DrZ) February 15, 2023
Dr Zaliha berkata beliau telah bergegas ke hospital selepas menghadiri Parlimen untuk mengetahui apa yang berlaku dan mendapatkan penjelasan.
“Status pesakit akan dilaporkan kepada keluarga dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu tweet.
Zaliha bersama Pengarah Kesihatan Selangor, pengarah hospital dan pasukan doktor yang merawat mangsa telah berjumpa dengan keluarga mangsa bagi menjelaskan usaha yang diambil bagi memastikan dia mendapat rawatan terbaik.
-BTS Media