BTS Media

Agong iktiraf prestasi cemerlang Perikatan Nasional – Tuan Ibrahim

SEMUA pencapaian yang dibentangkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah merupakan kejayaan cemerlang kerajaan terdahulu yang telah disahkan baginda sendiri.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata prestasi cemerlang yang ditonjolkan kerajaan Perikatan Nasional mendapat pengiktirafan baginda sebelum diteruskan oleh kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Data-data yang dikatakan oleh Tuanku itu ialah hasil kejayaan-kejayaan kerajaan sebelum ini yang ternyata cemerlang.

“Semua pencapaian yang dibentangkan adalah kejayaan kerajaan terdahulu dan ia bukti nyata sebagaimana yang dinyatakan oleh Tuanku.

“(Kerajaan PH-BN) yang baru-baru ini baru dua bulan, tak ada apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas titah Al Sultan Abdullah semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen ke-15, hari ini.

-BTS Media

Leave a Comment