Oleh Fetty Rara
SEORANG ahli parlimen Singapura yang dilantik untuk mengendalikan jabatan perhubungan kerajaan Grab Holdings Ltd. minggu lalu secara tiba-tiba dipindahkan ke peranan berbeza dalam syarikat teknologi itu selepas bantahan orang ramai terhadap kemungkinan berlaku konflik kepentingan.
Tin Pei Ling dari parti PAP sebelum ini cuba mempertahankan pelantikan itu dengan alasan bahawa beliau mampu memisahkan dua peranannya, lapor ANN.
Walaupun ahli parlimen dibenarkan memegang pekerjaan di sektor swasta di negara itu, namun apabila berlaku ia pasti dikecam orang ramai.
Perubahan itu menunjukkan tindakan pusingan U yang jarang diambil oleh kerajaan Singapura kerana apa jua keputusan pihak pemerintah adalah muktamad.
Ini kerana kerajaan PAP amat sensitif terhadap sebarang kontroversi dan perdebatan awam mengenai isu-isu yang boleh mencabar integriti dan status Singapura sebagai hab kewangan.
PAP dalam satu catatan Facebook berkata pada mulanya parti itu tidak membantah apabila dimaklumkan bahawa Tin dia akan menerima pelantikan dalam syarikat gergasi itu.
Bagaimanapun, awal bulan ini, berikutan kecaman meluas, parti itu telah mengambil pendirian berbeza.
-BTS Media