Oleh Zainal AS Rashid
RAKAMAN video ini menunjukkan anggota pasukan penyelamat melarikan diri sebelum runtuhan bangunan menghempap mereka.
Bagaimana pun, seorang anggota pasukan tidak sempat menyelamatkan diri, lalu terperangkap di bawah serpihan.
Anggota daripada pasukan penyelamat Turkiye yang dikenal pasti sebagai Batuhan Tugen kemudian berjaya dikeluarkan dengan hanya mengalami kecederaan ringan, lapor Reuters.
Setakat ini, angka kematian akibat gempa bumi berukuran 7.8 di selatan Turkiye dan barat laut Syria telah mencecah 24, 150.
-BTS Media