GAMBAR: AMD.
NAMPAKNYA setiap kali AMD menghasilkan cip terbaharu, ia pasti muncul sebagai antara cip terbaik, terutama untuk ‘gamers’.
Apatah lagi, memandangkan cip Ryzen 7000X3D dengan 3D V-Cache menawarkan overclockable CPU.
Kemampuan CPU Ryzen 7000X3D AMD untuk ‘overclocking’, disahkan oleh AMD melalui kemas kini pada laman web produknya.
Pada mulanya, spesifikasi ini menyebut bahawa produk tersebut tidak dibuka kunci untuk overclocking, tetapi syarikat itu kemudian menukar membuat U-turn dan mengumumkan kemampuan tersebut, lapor ExtremeTech.
Sebelum ini, cip terdahulu Ryzen 7 5800X3D tidak membenarkan overclocking apabila pengarah teknikal AMD, Robert Hallock berkata ia adalah produk yang terlalu baharu untuk membenarkan penukaran frekuensi dan voltan.
Memandangkan cip baharu ini pada asalnya tidak boleh overclock, ia mungkin hasil daripada ujian AMD yang mendapati bahawa ia sebenarnya selamat untuk pengguna melakukan overclocking.
Cip AMD dengan pengganda terkunci jarang ditemui, kerana kebanyakan siri model cip AMD sememangnya tidak dikunci untuk overclocking, termasuk cip termurahnya, seperti Athlon 3000G.
Ini bermakna pengguna akan dapat mengubahsuai cip tersebut untuk keselesaan sendiri.
Tapi, kita perlu menunggu tarikh pengeluarannya ke pasaran – yang belum tahu bila.
-BTS Media