BTS Media

Bekas penyampai berita Suhaimi Sulaiman dilantik  Ketua Pengarah penyiaran

BEKAS penyampai berita TV3, dan hos Agenda Awani Astro dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran.

Beliau menggantikan  Che Roslan Che Daud yang menyandang jawatan itu sejak Januari tahun lalu.

Sebagai ketua pengarah penyiaran, beliau akan menyelia operasi Radio dan TV Malaysia.

Dalam satu catatan tahniah di media sosial, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata Suhaimi, 61, diharap dapat memaju kecemerlangan dan melonjakkan prestasi jabatan penyiaran..

Beliau yang mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar pernah dilantik sebagai pengerusi Bernama pada 2020, dan kemudian sebagai ketua eksekutif Sarawak Media Group pada bulan Ogos tahun yang sama.

-BTS Media

Leave a Comment