BTS Media

Gopal Sri Ram dimasukkan ke ICU – Sumber

GAMBAR ATAS: The Star.

 

TIMBALAN Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Dipercayai Sri Ram sedang mendapatkan rawatan untuk penyakit paru-parunya, lapor NST.

“Ya. Dia kini berada di unit rawatan rapi (ICU),” kata sumber menerusi Whatsapp, tanpa mengulas lanjut.

Bekas hakim mahkamah persekutuan berusia 79 tahun itu kini menjadi pendakwa utama dalam perbicaraan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Beliau juga merupakan pendakwa utama bagi perbicaraan rasuah isteri Najib, Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.

-BTS Media

Leave a Comment