BTS Media

Pekan Warisan Bandar Diraja Arau akan diwartakan sebagai tapak warisan sejarah

GAMBAR ATAS: Screengrab daripada video YouTube Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

 

PEKAN Warisan Bandar Diraja Arau yang berusia lebih 100 tahun bakal diwartakan sebagai tapak warisan sejarah.

Dengan langkah itu kawasan tersebut boleh dijadikan antara produk tarikan pelancongan terbaharu di negeri Perlis.

Beberapa tempat yang boleh dijadikan aset tarikan pelancongan ke Arau, termasuk Masjid Negeri, Istana Arau, Pekan Lama Arau, Nat Pokok Getah, Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Arau dan Rumah Warisan Pekan Diraja Arau.

Menurut Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, kawasan yang merupakan bandar diraja dengan sejarah yang mendalam itu berpotensi untuk dibangunkan bagi tujuan berkenaan, lapor Utusan Malaysia.

“Kerajaan negeri Perlis sememangnya tidak mempunyai masalah bagi memberi sokongan dalam memastikan kawasan ini dapat digazetkan sebagai tapak warisan sejarah dan menarik lebih ramai pelancong ke sini,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Rumah Warisan Arau dan Projek Pekan Warisan Bandar Diraja Arau hari ini.

-BTS Media

Leave a Comment