BTS Media

“Jika presiden UMNO kerjasama dengan DAP, saya orang pertama menentang,” Hamzah dakwa Mohamad beritahunya

KETUA Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bercakap benar apabila mengatakan bahawa DAP lebih baik daripada PAS sebagai alasan untuk UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata ahli parlimen Rembau  itu pernah membuat kenyataan bercanggah ketika bertemu sebelum ini.

“Sehari selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Mohamad datang ke rumah saya.

“Apa yang dia katakan ialah: ‘Saya nak maklumkan jika Presiden UMNO mahu bekerjasama dengan DAP, saya akan menjadi orang pertama yang menentang’.

Itu yang dia beritahu saya,” katanya selepas Majlis Sumbangan Bantuan Banjir PN kepada 8,000 mangsa di Chabang Empat, Wakaf Baharu, Tumpat, Kelantan pada Khamis, lapor Sinar Daily.

Jelas Hamzah, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyaksikan pertemuan itu dan mendengar kata-kata Mohamad.

“Apabila semalam Mohamad menyebut DAP lebih ikhlas daripada PAS, saya tertanya-tanya apa yang salah dengan beliau, saya fikir ia mengarut dan tidak benar.

“Saya berkawan dengan beliau dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, yang seperti abang kepada saya.

Hamzah berkata beliau amat terkejut apabila sejak kebelakangan ini UMNO bercakap lain dulu dan sekarang.

Beliau menasihatkan pihak lain supaya berhati-hati.

-BTS Media

Leave a Comment