BTS Media

‘Sah atau tidak’ – peguam berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Perjanjian persefahaman kerjasama yang dimeterai Pakatan Harapan (PH) dengan gabungan parti yang menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengundang reaksi berbeza daripada pengamal undang-undang.

Peguam, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir, menyifatkan perjanjian terbabit sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan.

Katanya, tiada terma “perjanjian” yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, boleh dikatakan sah dari segi polisi awam.

“Wakil rakyat memiliki tanggungjawab keperlembagaan untuk membentangkan pendirian mereka bagi pengundi yang diwakili.

“Tanggungjawab ini, mesti mengatasi apa-apa yang diperuntukkan dalam mana-mana perjanjian,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Nizam Bashir berkata, sebarang kekangan atas tanggungjawab keperlembagaan, khususnya jika ia membelakangkan kepentingan rakyat, tidak wajar dihujahkan sebagai konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Ruang mesti wujud untuk seorang wakil rakyat melaksanakan tanggungjawabnya iaitu untuk tidak menyokong sekiranya Perdana Menteri bertindak membelakangkan kepentingan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, berkata perjanjian itu adalah sah dan tidak melanggar mana-mana klausa Perlembagaan kerana selaras dengan Akta Anti-Lompat Parti.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1040571/sah-atau-tidak-peguam-berbeza-pandangan

Leave a Comment